Love is a promise, love is a souvenir, once given never forgotten, never let it disappear.
Friday, 19 August 2011
...Luahan Hatiku...
Salam all...nie lah pertama kali aku meluahkan perasaanku terhadap blog nie..lagipun sebelum2 nie kan asyik bagi tips,tips ngan tips je kan...so kali nie nak meluahkan perasaan pulak since tkde sesiapa yang sudi mendengar luahan hatiku ini....
Hati aku hati wanita yang lembut dan siapa sangka hati aku boleh menjadi sekeras batu dengan apa yang sudah berlaku pada diriku ini...hati aku sudah tertutup dan selalu bersangka waswas terhadap cinta lelaki terhadapku sejak hati aku sering dipermainkan oleh manusia yang bernama LELAKI...sudah berkali-kali aku mempunyai teman lelaki tapi aku sering ditinggalkan oleh mereka dengan alasan yang tak munasabah...Ya Allah....hanya Dia saja tahu bagaimana hatiku ini terluka dan terhiris dengan segala perangai dan karenah bekas-bekas kekasih aku yang harus aku hadapi...SATU PER SATU MENINGGALKAN AKU KESEORANGAN...tapi aku redha dengan apa yang telah berlaku terhadap aku sesungguhnya, segala kejadian sudah tentu ada hikmahnya..
Aku sudah seperti tidak tentu arah pada mulanya...tapi aku hanya berserah untuk dapatkan kekasih hati yang sanggup untuk bersama aku dan akan dapat menerima aku seadanya dan juga sanggup untuk menjalani hidup susah dan senang bersama aku bukan saja pada masa ber'couple' tapi apabila sudah disahkan sebagai suami isteri juga...aku sentiasa menanti dan terus menanti supaya kekasih sejati tiba untuk aku...aku harus bersabar untuk menghadapi segala ujianNya...
Setelah 2 bulan aku ditinggalkan bersendirian tanpa kekasih hati...aku didatangi oleh lelaki yang mahu memenuhi ruang hati aku yang masih lagi kosong...ya memang dia kelihatan begitu beriya untuk bersamaku...tetapi, seperti aku katakan tadi, hatiku selalu waswas dengan lelaki kerana aku tidak mahu hatiku dipermainkan lagi...hatiku sudah diisi dengan hati lelaki tersebut...tetapi adakah dia akan dapat menerima kelemahan dan kekurangan dalam diriku ini??dapatkah dia hidup semati bersama aku??adakah dia akan setia dengan aku??adakah dia akan mempermainkan hati aku??adakah dia akan jujur terhadap aku??adakah dia benar-benar menyayangi dan mencintai aku??Itu lah soalan-soalan yang selalu berlegar-legar didalam kepalaku ini...
Persoalan itu akan selalu dijawab apabila hubungan aku sudah sampai tahap untuk berpisah dengan teman lelaki aku...kenapa susah sangat untuk aku mendapat kekasih hati yang aku idamkan??kenapa hubungan aku tidak seperti kawan-kawan aku yang dapat berkekalan sehinga bertahun-tahun??soalan tinggal soalan dan kenangan juga tinggal kenangan...aku masih lagi tidak dapat untuk mencapai angan-angan aku bahawa aku ingin lelaki yang seperti apa yang aku mahukan...KINI AKU TETAP BERSABAR MENGHADAPI CABARAN DAN DUGAAN YANG HARUS KU LALUI...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.