Thursday, 18 August 2011

Rahsia Lelaki Pada Rambut




Lepas baca artikel ini bolehlah buat kajian pada diri sendiri (untuk lelaki), pasangan (untuk perempuan), kawan lelaki, adik beradik lelaki, ayah atau sesiapa. Tapi ini hanya andaian suka-suka saja… kalau betul tu kebetulan saja ;-)

1) Rambut Lurus
- seorang lelaki yang bijak, selalu gembira, pandai bergaya, cepat cemburu, dan berpotensi dalam bidang kesenian.

2) Rambut Kerinting Tebal
- seorang lelaki yang kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3) Rambut Kerinting Negro
- seorang lelaki yang bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) Rambut Ikal Mayang
- seorang lelaki yang bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) Rambut Halus/Lembut
- seorang lelaki yang bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) Rambut Sikit
- seorang lelaki yang bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) Rambut Perang
- seorang lelaki yang kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) Rambut Tebal
- seorang lelaki yang bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9) Rambut Kusut
- seorang lelaki yang sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

10) Rambut Beruban
- seorang lelaki yang kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri.

11) Rambut Mohican/Punk
- seorang lelaki yang pembersih, suka menyapu sampah, memberus kasut dan membersihkan sawang. amat sesuai di buat suami mahupun pembantu rumah.

12) Rambut Botak
- seorang lelaki yang open-minded, senang dipandang terutama diwaktu malam tanpa menggunakan topi keledar ketika membawa motor mahupun mesin pemotong rumput. Celik 'IT' orang nya..

13) Rambut Ala 'Zaibo'
- seorang lelaki yang sesuai bekerja menurap jalanraya dan menyapu jem pada roti. 'Accident-prone' e.g kepala selalu jadi target ketika bermain bola kerana kes salahtafsir.

14) Rambut Palsu
- seorang lelaki yang bersifat pendusta, pembohong dan buta 'IT' . Suka menabur janji dan amat jarang menabur wang di tepi-tepi jalan.

15) Rambut Ala 'Pua Chu Kang'
- seorang lelaki yang don't play-play with this category haah..!! he will hentam you, you know? kenape?? tak percaye??

16) Rambut 'Ronaldo'
- rambut ala si 'pekan' dlm citer Batu belah batu bertangkup. Lelaki jenis ini suka mencuri ikan goreng di rumah. dan bermain bebola ikan sebagai hobi "

saja suka2....sekadar hiburan........

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.