Sunday, 30 October 2011

Soal Hati Remaja - Patutkah Berkahwin Awal?

PATUTKAH BERKAHWIN AWAL


Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Saturday, 29 October 2011

Style Tudung Dian Pelangi

Sekarang rupe nyer dah ade style pkai tudung bawal terbaru...bukan setakat Hana Tajima jer...nie Dian Pelangi pn ade jgk...(da lamer kowt style nie cumer aku ketinggalan...huhuuu) Ruper nyer style Dian Pelangi pn agak senang jgk nk buat... Jom kte tgk style2 Dian Pelangi...LAYANZZZZ............




Cantik tk Dian Pelangi....nie la dier Dian Pelangi...heheee...style tudung yg dier buat pn simple2 belaka just dgn menggunakan tudung bawal jer..simple kn...

p/s: nanti sy pn nk try la pkai tudung mcm Dian Pelangi jgk n nk tukar namer sy jd mawarmerah pelangi...kwangkwankwang..... (^_^)

Sunday, 23 October 2011

Keluarga Sakinah (Nikah & Kahwin)

HUKUM NIKAH

1. Harus
  • hukum asal perkahwinan adalah harus
2. Sunat
  • mereka yang mempunyai kemampuan tenaga dan sudah membuat persediaan untuk berkahwin
3. Wajib
  • seseorang yang tidak dapat mengawal nafsunya lagi kerana terjebak ke dalam lembah maksiat
4. Makruh
  • mereka yang tidak ada sebarang persediaan untuk berkahwin dan tidak berkemampuan tenaga yang selayaknya sebagai suami
5. Haram
  • seseorang yang hendak berkahwin semata-mata berniat untuk mempergunakan isterinya bagi kepentingan dirinya sendiri dan bertujuan untuk menyakiti isteri yang dikahwini

PERKAHWINAN MEMANTAPKAN AGAMA

Sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud;
“Barangsiapa yang telah berkahwin, ia telah mencapai separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk mencukupi yang separuh lagi”.
                                                         (Riwayat setengah daripada ahli Sunnah)

 PANDUAN MEMILIH CALON SUAMI ATAU ISTERI

Maksud hadith Rasulullah s.a.w; 
“Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara – kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana nasab keturunannya dan kerana agamanya; kahwinilah wanita yang baik pegangan agamanya, kamu akan mendapat ketenangan”.
                                                         (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 
Peringatan daripada Rasulullah s.a.w;
“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan membawa kerosakan terhadap diri sendiri dan janganlah mengharapkan harta kekeyaannya kerana mungkin dengan harta itu mereka menjadi sombong tetapi kahwinilah mereka itu kerana agama dan sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama”.
                                                                    (Riwayat Ibnu Majah dab Baihaqi) 

PANDUAN UNTUK MENDAPATKAN KEBERKATAN ALLAH DI DALAM BERUMAHTANGGA
  1. “Dari Saidatina Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda; sesungguhnya sebesar-besar keberkatan di dalam rumahtangga ialah yang sederhana perbelanjaannya (tujuan berumahtangga ialah untuk membina keluarga bahagia)”.

  1. “Ibnu Abad meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda; sesungguhnya wanita yang terbaik ialah yang paling ringan maskahwinnya”.

  1. Lakukan akad nikah di tempat yang mulia seperti di dalam masjid atau surau kerana di dalam masjid itu penuh dengan barakah, rahmat dan hidayah Allah (barakah, rahmat dan hidayah amatlah perlu di dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat).

  1. Lakukan akad nikah pada malam atau siang Jumaat kerana hari Jumaat termasuk di dalam empat hari yang dipilih oleh Allah dan hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Kerja-kerja kebajikan yang dilakukan pada malam atau siang Jumaat akan digandakan sehingga 70 kali ganda pahlanya.

  1. Carilah saksi akad yang soleh dan bukan yang fasiq.

  1. Suami isteri di dalam keadaan berwudhuk semasa akad nikah.

  1. Khalifah Saidina Umar Ibnu Khattab r.a berkata; “Janganlah kamu meminta maskahwin terlampau tinggi bagi anak-anak perempuan kamu kerana Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah bernikah atau dinikahkan putrinya dengan maskahwin lebih daripada 4 dirham…”

  1. 2 atau 3 hari sebelum akad nikah eloklah membaca ‘Istighfar’ 100 kali kerana barangsiapa membacanya sebanyak 100 kali akan mendapat 3 kebaikan;

    1. dilepaskan dukacita
    2. ditunjukkan jalan keluar jika bermasalah, dan
    3. mendapat rezeki yang tidak diduga

  1. Buat sembahyang Sunat Taubat (mohon keampunan kepada Allah sebelum masuk ke alam rumahtangga). 

Cara-caranya ialah;
    1. Lakukan selepas solat Maghrib atau Isya’ atau sebelum tidur
    2. Niatnya, (didalam hati – “sahaja aku sembahyang sunat taubat dua rekaat kerana Allah Taala”)
    3. Rakaat pertama; baca doa Iftitah, Al-Fatihah dan surah Al-kafirun
    4. Rakaat kedua; baca Al-fatihah dan surah Al-Ikhlas
    5. Selepas memberi salam bacalah;
    6. Berdoa; 
  1. Kedua-dua pasangan kemudiannya hendaklah memohon ampun daripada ibu bapa serta memohon doa restu daripadanya.
  1. Aktiviti pada hari sebelum majlis akad nikah (di rumah pengantin lelaki);
    1. Solat Maghrib berjemaah, khatam Al-Quran, Tahlil dan doa selamat
    2. Solat Isya’ berjemaah
    3. Berselawat atas Nabi
    4. Tazkirah ringkas
    5. Jamuan sekadarnya

  1. Aktiviti pada hari sebelum majlis akad nikah (di rumah pengantin perempuan) – Malam Berinai, aturcaranya ialah;
    1. Solat Maghrib berjemaah diikuti bacaan Yaasin, Tahlil dan doa selamat
    2. Solat Isya’ berjemaah
    3. Selawat dan Marhaban
    4. Syarahan agama berkaitan rumahtangga
     Pada keesokkan harinya diadakan majlis khatam Al-Quran.
LAKUKAN AKAD NIKAH DI DALAM MASJID DENGAN TUJUAN KITA MENGHYATI PERKARA-PERKARA DI BAWAH INI; 
  1. Nikah kahwin adalah menunaikan perintah Allah seperti di dalam surah An-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud; “maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu suka daripada perempuan-perempuan, dua atau tiga atau empat, kemudian jika kamu bimbang tidak berlaku adil di antara isteri-isteri kamu maka berkahwinlah seorang sahaja”.
  2. Asal usul berlaku nikah kahwin di antara Nabi Adam dengan Hawa di tempat yang penuh mulia, penuh nikmat, rahmat dan berkat (Syurga).
  3. Apabila nikah kahwin itu perintah Allah, maka ianya adalah ibadah kepada Allah.
  4. Supaya mendapat lebih keberkatan, rahmat dan hidayah yang sangat-sangat diperlukan di dalam kehidupan di dunia sebagaimana maksud ayat 96 surah Al-Imrah iaitu; “rumah ibadah yang mula-mula yang Allah perintah bina di muka bumi ini ialah Ka’bah yang penuh dengan barakah dan hidayah seluruh alam semesta’.
  5. Mudah hendak melakukan ibadah yang bersangkut paut dengan majlis akad nikah.

KAEDAH PELAKSANAAN AKAD NIKAH DI MASJID 
  1. Mulakan dengan solat Tahyatul masjid dan solat hajat.
  2. Niat I’tikaf.
  3. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
  4. Bapa minta izin daripada anak.
  5. Wali menyerah wakalah kepada jurunikah.
  6. Sekiranya bapa hendak menikahkan anaknya sendiri, maka terlebih dahulu meminta izin Pejabat Agama.
  7. Pemilihan saksi.
  8. Membaca khutbah nikah.
  9. Ijab qabul dijalankan.
  10. Membaca doa.
  11. Membaca lafaz ta’lik.
  12. Sembahyang sunat nikah kahwin.
  13. Sujud syukur dan suami membaca doa pada ubun-ubun isteri;
  14. Penyerahan tanggungjawab wali kepada menantu dan penerimanya.
  15. Pesanan ibu kepada anak perempuan dan terima kasih anak.
  16. Selawat dan Marhaban beramai-ramai.

PERINGATAN
  1. Jika pengantin perempuan uzur syar’ee maka wali boleh menjemput jurunikah terlebih dahulu dating ke rumah untuk wali meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah.
  2. Perlu ada di dalam majlis itu ialah jurunikah, wali, 2 orang saksi sebelah perempuan dan pengantin perempuan.
  3. Pengantin perempuan yang uzur itu hadir juga ke masjid pada hari akad nikah tetapi tidak masuk ke dalam masjid.
  4. Barang-barang hantaran diserahkan selepas akan nikah di rumah pengantin perempuan.
  5. Hanya mas kahwin yang dibawa ke masjid.
  6. Penyerahan mas kahwin suami kepada isteri boleh dibuat di rumah pengantin perempuan.

CARA SUJUD SYUKUR
  1. Berwuduk.
  2. Menutup aurat.
  3. Menghadap kiblat.
  4. Berdiri, terus bertakbir sambil mengangkat tangan ke telinga dan niat; “Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala”.
  5. Terus sujud sekali dan membaca;
  6. Niat di dalam hati; “Aku bersyukur kerana dikurniakan suami / isteri”.
  7. Terus duduk dan memberi salam.